::: Assalamualaikum w.b.t. :::
::: Welcome :::
::: Ni hao :::

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak sempurna akalnya"

[Ayat Kursi] @ [Al-Baqarah : 255]
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

[An-Nas]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

[Al-Falaq]
"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

[Al-Ikhlas]
"Katakanlah (wahai Muhammad):(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada apa jua yang serupa denganNya"

[Al-Kafiruun]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”

[Al-Kauthar]
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)"

[Al-Ma'un]
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)"

[Al-Insyirah]
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." "

[Al-Asr]
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran."

Friday, January 21, 2011

Migrasi




:: Tahukah kamu haiwan menyediakan persiapan rapi untuk migrasi ? ::



Banyak haiwan migrasi secara berkumpulan tetapi ianya amat jarang diketahui bahawa migrasi haiwan menjadi simbol kepada perancangan, semangat dan ketepatan yang menakjubkan. Skill melepasi jangkauan kebijaksanaan haiwan dapat dilihat daripada persediaan ini. Haiwan migrasi tidak pernah memilih laluan yang berliku untuk menuju destinasi mereka. Mereka sentiasa meneruskan haluan yang lurus dan laluan yang paling singkat. Mereka ada deria pelayaran yang sempurna.




Itulah Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia yang memberi deria ini kepada mereka. Mereka boleh menentukan segalanya dengan sempurna di mana manusia memerlukan pengiraan dengan bantuan pelbagai peralatan teknikal yang khusus, menerusi kajian dan pengiraan tertentu. Semua ini sudah tentu dari Tuhan kita yang mencipta setiap hidupan dengan pelbagai trait menakjubkan.

Dalam keterbatasan kondisi cuaca, haiwan-haiwan mempunyai ketetapan waktu yang sempurna untuk migrasi. Waktu migrasi ini adalah sangat sesuai untuk keadaan sama ada buat perjalanan dan juga destinasi. Mereka membuat persediaan sebelum mengembara. Sebagai contoh, sebelum migrasi yang memerlukan beribu batu kilometer jaraknya, mereka menjalani diet khusus dan mengumpul lebih lemak daripada keperluan biasa sebagai bekalan lemak yang akan diperlukan sepanjang perjalanan.

Semasa mereka terbang, mereka juga mengawalatur tenaga mereka dalam keadaan yang terbaik dan memastikan penerbangan jarak jauh itu menjimatkan tenaga. Seterusnya, didapati bahawa ketika dalam perjalanan ke destinasi, mereka tidak diganggu dengan sesuatu yang biasanya menjadi tarikan buat mereka. Seekor camar artik ketika dalam perjalanan dari Tierra del Fuego ke Alaska, sebagai contoh, akan mengabaikan bauan lazat ikan herring dari bot seorang pemerhati burung di Teluk Monteray. Ketika camar setempat menyerbu dengan lahap untuk ikan itu, camar artik meneruskan penerbangan.


Naluri adalah inspirasi dari Allah buat makhluk hidup



Ketika berusaha keras untuk menjelaskan kejadian ini, ahli biologis Hugh Dingle berkata; “Haiwan migrasi tidak bertindakbalas kepada input deria dari sumber yang mungkin menarik tindakbalas dalam keadaan lain. Camar artik mengabaikan segala gangguan kerana ketika itu ianya tertarik kepada deria naluri yang biasanya kita lihat ianya sebagai terpuji: tujuan yang lebih besar.

Ahli Darwinis khususnya juga menggelar perilaku haiwan yang menakjubkan itu sebagai ‘naluri’ dan tidak mengambil berat lebih dari itu. Dengan istilah ‘naluri’ ahli Darwinis merasakan bahawa mereka telah memberi nama itu kepada kebijaksanaan unggul yang ditunjukkan dalam perilaku ini dan telah berusaha keras untuk memberi gambaran bahawa segala perilaku ini hanyalah kejadian semulajadi. Walaubagaimanapun kuasa unggul yang kita panggil ‘naluri’ ini adalah manifestasi menakjubkan hasil kebijaksanaan Allah Maha Besar yang inspirasikan semua itu kepada makhluk hidup.

Charles Darwin, insan yang pertama mengeluarkan teori evolusi, menyedari bahawa perilaku dan naluri haiwan menjadi satu ancaman kepada teorinya. Dalam “The Origin of species”, beberapa kali, dia secara terbuka mengakui:

“Banyak naluri sangat menakjubkan di mana perkembangan mereka itu mungkin memberi kesukaran buat pembaca, cukup untuk menggulingkan keseluruhan teori saya.” (Charles Darwin, The Origin of Species, Onur Publishing, Press Five, Ankara 1996, p.273)

Ahli Darwinis yang mengemukakan bahawa makhluk hidup berubah secara kebetulan, juga tiada penjelasan untuk naluri, seperti kes dalam perilaku haiwan lain. Makhluk hidup di mana terhasil secara kebetulan itu mesti, berdasarkan pandangan Darwin, menggunakan segala apa yang mereka jumpa di sepanjang jalan, bergelut dengan makhluk hidup lain untuk terus hidup dan tidak pernah terlepas peluang keemasan untuk tujuan ini. Walaubagaimanapun haiwan migrasi secara jelas mempunyai ketahanan, pengorbanan-diri dan tujuan. Ini amat mustahil buat haiwan untuk menunjukkan disiplin dalam usaha mereka untuk menghabiskan program migrasi dalam waktu tertentu, untuk memiliki kesedaran bahawa ini adalah penting untuk kesinambungan generasi dan menunjukkan pengorbanan-diri untuk ini. Sudah tentu Allah Maha Besar yang menjadi inspirasi mereka tentang apa mereka perlu buat. Mereka adalah hasil manifestasi teragung dari Allah yang menyerahkan diri mereka untuk Pencipta. Allah mengaitkan semua ini dalam sebuah ayat Al-Quran :

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah An-Nur, 41)



Menjangkau kerikil di garis pantai Artik, di mana camar artik bertemu, mencari tempat yang sesuai untuk bertelur dan membesarkan anak-anak dan melakukan semua ini dalam keadaan terbaik dan di bawah suasana yang amat sesuai mendedahkan bahawa wujudnya kebijaksanaan terunggul. Amatlah jelas bahawa kebijaksanaan ini tidak boleh dicirikan kepada burung. Kebijaksanaan unggul dan kesedaran yang memanifestasikan dirinya dalam haiwan ini adalah kepunyaan Allah, Penguasa kepada semua makhluk hidup. Semua ini menunjukkan kesempurnaan ciptaan Penguasa kita.

Daripada susunan galaksi yang menakjubkan hingga organisma kecil di bawah bumi, segalanya mendedahkan kepada kita tentang kehalusan infiniti Penguasa kita. Segala maklumat berhubung semua makhluk hidup adalah sentiasa di bawah pantauan Allah. Setiap makhluk hidup di atas Bumi meneruskan hidup mereka dengan trait yang Allah beri kepada mereka dan mendapat kelengkapan yang telah ditentukan oleh Penguasa kita. Tuhan kita mengaitkan semua ini dalam Surah Al-Mulk :

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mulk, 19)


Rujukan : National Geographic Turkey/ November 2010


Dec 21, 2010



*Sumber
*Sumber asal




No comments:

Post a Comment