::: Assalamualaikum w.b.t. :::
::: Welcome :::
::: Ni hao :::

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak sempurna akalnya"

[Ayat Kursi] @ [Al-Baqarah : 255]
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

[An-Nas]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

[Al-Falaq]
"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

[Al-Ikhlas]
"Katakanlah (wahai Muhammad):(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada apa jua yang serupa denganNya"

[Al-Kafiruun]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”

[Al-Kauthar]
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)"

[Al-Ma'un]
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)"

[Al-Insyirah]
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." "

[Al-Asr]
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran."

Friday, May 20, 2011

Takdir



:: Menerima takdir adalah kemenangan besar buat umat Islam ::




Bagi seorang Muslim, menghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan dalam hidup seharian adalah ujian dan satu daya tahan di mana dia boleh membuat perbandingan dengan ganjaran yang diharapkan untuk kekal di Syurga. Ini adalah kebahagiaan terbesar yang akan diperoleh dari perbezaan antara kesulitan dan kemudahan, kesenangan dan kelegaan. Juga buat seorang Muslim yang tulus, ini adalah keindahan dalam mendapat penghargaan dan kasih sayang Muslim tatkala melihat mereka di kehidupan abadi. Ujian ini adalah rahmat yang menawarkan faedah dan keindahan; dengan pelepasan Allah, maka itu semua akan menjadi sumber untuk mendekatkan mereka kepada Allah. Sebaliknya orang-orang kafir pula, adakalanya dapat menerima hakikat itu sama ada secara rahsia ataupun secara terbuka.

Seseorang yang merasakan bahawa insiden yang dia alami itu tidak “ditakdirkan” adalah seorang yang telah kuat dipengaruhi Syaitan. Pengaruh syaitan mungkin menyebabkan anggapan sebegitu dan seseorang yang menyebabkan darjatnya jatuh di pandangan Allah akan menyebabkan Syaitan gembira. Dengan pengaruh Syaitan, adalah satu penyakit berbahaya jika menganggap bahawa dugaan yang terjadi itu tidak ditakdirkan, malah menganggap semua itu bukanlah hasil dari rahmat, pengetahuan dan perancangan Allah. Seorang Muslim seharusnya berhati-hati, teliti dalam mengubati penyakit ini dan elakkan dari dijangkiti penyakit sebegini.

Sebagai contoh, terdapat kebaikan dalam semua kejadian seperti terlepas rancangan kegemaran atau terlupa untuk memesan makanan. Kadangkala manusia boleh melihat hikmah dalam diri dengan semua yang berlaku, tetapi kadangkala mereka gagal untuk melihat secara menyeluruh atau hanya sekadar nampak sebahagian dari itu sahaja. Misalnya jika seseorang itu terlepas rancangan kegemaran, maka ketika itu dia boleh memberi ruang untuk berkhidmat di jalan Allah atau menggunakan masa untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hasil refleksi ini, dia dapat mencapai sedikit kefahaman yang akan meningkatkan kekuatan dia untuk berkhidmat sepanjang hayatnya. Alternatifnya, ketika ini dia akan mengingati Allah dan mendapat ganjaran yang jauh lebih berharga daripada sekadar menonton televisyen. Apabila dia terlupa untuk memesan makanan, ini mungkin mengubah kepada diet, yang berperanan mengubati penyakitnya. Jika seseorang yang ada tekanan darah tinggi terlupa untuk memesan keju dan tidak makan keju pada hari itu, maka tekanan darahnya kembali pada paras normal. Dia terlibat dalam satu hal bermanfaat yang mendapat penghargaan Allah kerana dia meletakkan kepercayaan kepada Allah dan berfikir hanya untuk kebaikan. Tambahan lagi, kesempurnaan moral dan perilaku yang baik akan mengukuhkan cinta dan ketenangan buat orang yang beriman. Sekiranya itu adalah keju yang telah busuk, maka dia berjaya mengelakkan diri daripada memakan keju busuk yang akan menyebabkan dia sakit.

Contoh di atas banyak dialami dalam kehidupan seharian seseorang. Oleh itu sangat penting untuk memahami dengan jelas tentang perkara ini dan harus sentiasa dijadikan pengajaran. Sama ada hal remeh atau penting, setiap kejadian yang dialami seseorang dalam hidup seharian adalah telah ditakdirkan. Seorang Muslim mesti sentiasa berwaspada terhadap bisikan Syaitan, “Ini adalah perkara biasa dalam hidup seharian; semua itu tiada kaitan dengan apa-apa takdir.” Mempunyai pemahaman yang baik tentang perkara ini dan disimpan kemas dalam fikiran, memikirkan bahawa setiap kejadian itu dengan mata hati, dan menilai semua kejadian itu adalah keindahan takdir dari Allah, adalah keberkatan besar di dunia dan akhirat. Ini adalah perkara penting sebagai tanda kepada kebijaksanaan, keselesaan, ketabahan dan ketenangan hidup seseorang.


Allah Maha Besar mengaitkan semua ini dalam satu ayat dalam Quran : “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).” (Surah Al-Qamar, 49)



Mar 9, 2011


*Sumber
*Sumber asal


No comments:

Post a Comment