::: Assalamualaikum w.b.t. :::
::: Welcome :::
::: Ni hao :::

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak sempurna akalnya"

[Ayat Kursi] @ [Al-Baqarah : 255]
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

[An-Nas]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

[Al-Falaq]
"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

[Al-Ikhlas]
"Katakanlah (wahai Muhammad):(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada apa jua yang serupa denganNya"

[Al-Kafiruun]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”

[Al-Kauthar]
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)"

[Al-Ma'un]
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)"

[Al-Insyirah]
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." "

[Al-Asr]
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran."

Tuesday, December 28, 2010

Draft part 4

Assalamualaikum

Pagi semalam, pergaduhan besar
Tengah hari itu, sudah berpisah
Petang itu, ada yang kesunyian
Malam itu, ada yang meninggal

Pagi esoknya, ada yang insaf
Menyedari hakikat umur sudah tua

Tetapi, malam itu, ada yang terus berhibur
Seolah-olah lupa dengan peringatan mati di pagi hari

Saya, tetap begini
Sekadar memerhati dari jauh, tidak mampu buat apa
Kerana tiada alibi kukuh untuk bertindak kasar

"Meninggalkan insan tersayang dengan rela hati, lebih perit dari bertemu insan yang sangat dibenci."

Hari ini hari terakhir di sini


Akan melangkah jauh, dan mungkin semakin jauh
Diri tidak tahu suratan takdir
Ke mana jasad merantau, di mana badan terdampar, di situ akan terus hidup

Tahun ini, banyak kejadian tanpa semena-mena

Segala duri fitnah yang melampaui batas
Segala tikaman dari insan2 terdekat
Segala pengkhianatan dari orang yang dipercayai
Segala prejudis dan tuduhan melampau

Akan terus bersemadi dalam dada ini
Menanti masa untuk lupakan semuanya

Dan segala jawatan yang diberi
Segala amanah yang dipertanggungjawabkan
Segala penghargaan yang disumbangkan
Segala suntikan semangat tanpa henti
Segala kepercayaan yang ditaruhkan buat diri

Akan terus menjadi modal untuk bergerak
Menanti hanya mati sebagai titik noktah

Setahun ini, terlalu banyak kisah2 tragis
Terlalu banyak detik2 indah

Ada yang bahagia
Ada yang gundah

Yang tak mampu hanya dinukilkan dengan kata-kata
Mahupun tulisan

Kerana itu lebih cenderung berdiam diri
Bukan pasrah, tetapi mencari strategi

Cuma adakalanya sahaja terlepas sedikit
Kerana saya juga manusia biasa yang penuh kekurangan

Segalanya ujian
Supaya lebih berhati-hati meredah hidup

Segala yang bes sepanjang tahun ini, biarlah jadi sumber bekalan akhirat
Segala yang tak bes sepanjang tahun ini, moga jadi sumber kekuatan dalam rentak hidup

Memang jika diikutkan hati, memang sakit tak terperi di dalam hati
Tapi apalah ertinya hanya melayan kesakitan itu, sedangkan amanah terabai?
Dan apa gunanya teori2 agama yang kita belajar selama ini, jika tidak menjadi modal kekuatan?
Dan apa relevannya kita bersedih, sedangkan terlalu banyak kebahagiaan yang Allah beri?

Paling mudah, hidup ini
Nikmat hidayah, peluang meneruskan hidup, modal untuk terus beramal

Selagi DNA dalam jasad ini terus replikasi, selagi itu terus bernafas
Selagi neuron aktif menjana impuls, selagi itu terus berjuang

Selamat tinggal kucing tersayang
Jika kamu mati lepas ni, maafkan diri kerana terpaksa berpisah jauh dari mu
Itupun kalau tuan kucing ini berjaya masuk Syurga

Selamat tinggal adik2 tersayang
Moga adik2 terus hidup walaupun diuji pelbagai kerenah dunia

Itu tandanya kalian perlu matang dan berkorban di usia muda
Kerana kalian sudah tiada pilihan lain
Atau, kalian akan sengsara jika terus berada pada level yang sama

Selamat tinggal famili
Setakat ini sahaja sumbangan yang boleh beri

Saya hanya seorang abang yang biasa
Saya hanya seorang anak lelaki yang biasa
Saya hanya seorang adik yang biasa

Tiada ada apa2 kehebatan

Maafkan diri ini

Jumpa lagi tahun hadapan
Jika kita belum menjadi tanah

Jadilah manusia yang bersyariat, bukan yang penuh keparat


Wassalam


[To be continued]

Draft part IV - end

Sunday, December 26, 2010

Draft part 3

Assalamualaikum

Pagi ni, mungkin nukilan terakhir sebelum melangkah tahun baru. Sekadar sesi muhasabah diri, dan, andainya sesi peringatan ini terkena kepada orang lain, sama-sama kita ambil iktibar.

Ada orang tanya,

"Bila mahu kahwin?"

Saya tahu, dia masih mengharapkan saya, dan, saya tahu, hati dia masih 'terpaut' pada saya
Dan saya tahu ada 'lelaki' yang cuba memiliki dirinya, melihatkan keadaan si dia yang agak terdesak dan terperangkap


Walaupun sudah 'berpisah' hampir 3 tahun, dia masih begitu, mengharapkan saya memulakan satu anjakan

Tapi apakan daya, saya tidak mampu

Cukuplah trauma dan contoh perkahwinan yang saya alami sendiri, mengajar saya pentingnya banyak aspek sebelum mendirikan rumahtangga

Jika berkahwin hanya ingin melepaskan diri, kelak anak2 akan hidup dalam penjara

Jika berkahwin hanya ingin mengelakkan zina, kelak pasangan akan terus terumbang-ambing dalam kancah zina

Jika berkahwin hanya ingin memuaskan kepentingan diri, kelak orang lain sahaja yang sibuk memberi

Jika berkahwin tanpa tanggungjawab khusus, kelak celaru habis peranan suami-isteri dan anak2 dalam kilang keluarga

Jika berkahwin tanpa mahukan perubahan, kelak diri akan terikat dalam penjara ego sendiri dan tidak mahu beralah

Jika berkahwin hanya mahu kesenangan, kelak masing2 akan mula menuding jari apabila timbul gelora musibah dalam badai rumahtangga

Dan, jika berkahwin dengan orang yang bukan sekufu, akan timbul pergaduhan yang berpanjangan, masing2 mahukan kesempurnaan dalam insan lain, sedangkan diri sendiri pun tidak kurangnya banyak cela

Dan saya, saya takut untuk berkahwin



Saya takut tertipu dengan kecantikan yang ada pada gadis
Walaupun saya tidak boleh melayar kata retorik - kahwin hanya atas dasar agama

Tetapi adakalanya kecantikan gadis itu bisa menjadi penawar jiwa saya, selain daripada keindahan flora dan fauna

Kecomelan mereka adakalanya membuatkan saya terhibur seketika dalam melayan kancah kegilaan manusia yang pelbagai jenis

Cantik itu subjektif buat pendapat individu
Comel itu relatif buat mata masing2



Saya takut berkahwin dengan gadis yang pandai
Walaupun saya lebih cenderung memilih gadis yang pandai, supaya mudah mendidik anak2 kelak menjadi perajurit sejati

Tetapi adakalanya saya buntu dalam menjinakkan kepandaian mereka

Hinggakan bimbang ada di antara mereka yang lebih suka menegakkan kemungkaran atas kepandaian yang ada dalam diri

Hilangnya ketaatan dalam beragama, hanya kerana diri sudah 'pandai'

Pandai itu subjektif, bergantung kepada akal masing2



Saya takut berkahwin dengan gadis yang berilmu
Walaupun saya lebih suka gadis berilmu, supaya menjadi sumber imun sang suami melayan virus umat, dan menjadi payung perlindungan buat bakal perajurit2 saya

Tetapi saya takut dengan ilmu itu, sang isteri lupa diri

Hanya mahu menang dalam berbicara, memperlekehkan 'kebodohan' sang suami

Segalanya sudah tidak boleh ditegur, hanya kerana sang isteri sudah 'berilmu'

Maka hanya dia sahaja mengawal suasana dan mengatur hidup sendiri


Dan kerana itulah, hingga kini saya kekal solo

Walaupun ada sahaja gadis cuba mencuri hati
Dan ada juga yang tercuri dek salahfaham

Walaupun ada juga yang masih mengharap
Ada juga yang sentiasa berharap

Saya tidak boleh

Bukan kerana saya seorang gay
Bukan juga saya seorang pondan

Tetapi hakikat nyata, dalam wanita itu ada 99 tarikan berbanding lelaki
Dan saya takut tertipu dengan tarikan yang pelbagai itu

Kerana saya lebih tertarik kepada kesinambungan fungsi hidup seorang manusia

Kerana perkahwinan itu bukan soal diri sendiri
Tetapi soal kita, soal kami, soal mereka

Dan demi kesinambungan generasi hadapan dalam payung dakwah

Dan, saya minta maaf andai telah mengecewakan ramai gadis
Bukan maksud saya ingin mengecewakan hati mereka
Tetapi, saya tak mampu

Dan saya rasa, jika tiada yang mampu 'melengkapi' dan 'permudahkan' hidup saya
Lebih baik saya kekal solo, sekurang-kurangnya saya tidak menambah virus kepada umat

Sekurang-kurangnya saya tidak melahirkan generasi yang hidup tanpa pedoman

Nasihat saya

Pergilah jauh dari diri ini

Dan jika ada lelaki asing melamar dirimu
Terimalah dia seadanya setelah engkau nekad di bawah bantuan Allah
Percaya janjiNya

Berkahwinlah keranaNya
Nescaya engkau akan tetap bahagia walau dirempuh pelbagai musibah dalam perkahwinan

Saya lelaki biasa

Yang hanya mempunyai beberapa kromosom yang mungkin juga ada mutasi
Terlalu banyak kelemahan dalam harungi hidup ini


Maka, maafkan saya


Sayonara...


[To be continued]


Draft part III - end

Tuesday, December 14, 2010

Draft part 2

Assalamualaikum

Benarlah kata orang2 tua, sebelum buat sesuatu, fikir dulu kesan kepada orang lain
Sama ada perkara baik atau buruk
Tetap memberi kesan

Jika kita pernah tolong seseorang
Jika kita pernah hargai seseorang
Jika kita pernah belanja seseorang
Jika kita pernah menjaga seseorang
Jika kita pernah cium seseorang

Dia akan ingat sampai mati

Sama juga sebaliknya

Jika kita pernah maki seseorang
Jika kita pernah pukul seseorang
Jika kita pernah seksa seseorang
Jika kita pernah tipu seseorang
Jika kita pernah fitnah seseorang

Tetap akan jadi satu igauan ngeri buat insan itu

Perkara baik adalah kenangan
Pekara buruk adalah trauma

Tetapi sebagai manusia, usah dilupa kenangan yang ada
Sebaliknya cuba buangkan trauma yang berpanjangan

Lumrah manusia, yang manis lebih mudah dilupakan berbanding yang pahit
Kerana itu ramai manusia berdendam dan bermusuh
Kerana cenderung mengingati kenangan gelap yang menghantui diri sendiri

Tambah2 jika perkara itu adalah perkara besar
Contohnya perkara sihir dan perkara yang mengancam nyawa

Walaupun hampir hari2 ianya menghantui kita
Menyebabkan adakalanya kita sendiri tak mengerti, 'Kenapa kita?"

Ingatlah segalanya tetap dari Allah yang menguji dirimu
Jika tanpa kudrat dariNya, tetap takkan berlaku
Jika bukan dari kemampuanNya, Kun Fayakun, maka segala itu takkan terjadi

Carilah ruang untuk memaafkan dan satu titik kenangan manis
Kerana tiada manusia yang bebas buat silap

Ingatlah janji tuhan
Insan yang memaafkan insan lain di kala dia di pihak yang benar itu lebih mulia di sisiNya
Insan yang memaafkan insan lain di kala dia mampu membalasnya itu lebih tinggi darjatnya

Allah Maha Tahu pengorbanan kita
Jadi usah berhenti mengharap
Jangan berhenti mengejar SyurgaNya

Itulah fenomena racun dunia
Jika kita sendiri tiada antibodi, bagaimana kita nak rawat dunia yang dipenuhi dengan racun pelbagai?

Kerenah manusia, tafsiran manusia
Adakalanya bisa menjadi barah
Dan bisanya amat sakit untuk ditelan

Apabila kita takut bersosial, dikatanya sombong kerana rasa diri hebat
Sedangkan mereka tak tahu akibat jangka masa depan jika asyik bersosial

Apabila kita kurang layan manusia, dikatanya poyo berasa di makam sendiri
Sedangkan mereka tak tahu kita sendiri ada sejarah hitam hidup bersama keramaian manusia

Apabila kita tetap rilek dan steady, dikatanya tiada masalah dan takde kerja banyak
Sedangkan mereka tak tahu kita sedang praktikkan teori sabar dan tetap rasional dengan bebanan kerja bertimbun

Apabila kita duduk termenung keseorangan, dikatanya sunyi dan terlalu melayan perasaan
Sedangkan mereka tak tahu bahawa kita sedang mencari masa bersama Tuhan

Apabila kita menangis tanpa semena-mena, dikatanya kecewa ditinggalkan kekasih
Sedangkan mereka tak tahu kita takut dengan balasan Allah terhadap dosa-dosa lepas

Apabila kita cuba melayan para gadis, dikatanya kita playboy hanya tahu mengorat
Sedangkan mereka tak tahu sudah berapa ramai gadis yang kena maki dan halau demi menjaga maruah masing2

Apabila kita cuba hidup mewah sekali sekala, dikatanya orang kaya yang tak tahu bersyukur
Sedangkan mereka tak tahu itu semua hasil simpanan sendiri kerana kelaparan 2-3 hari

Apabila kita tak banyak cakap di kala ramai bersuara, dikatakan kita jenis sombong dan keparat
Sedangkan mereka tak tahu bahawa kita bimbang bersuara kelak salah tuturkata sudah menjadi masalah

Apabila kita duduk diam2 dalam bilik, dikata pula tak pandai bergaul dalam masyarakat
Sedangkan mereka tak tahu manusia juga perlu ruang bersama Tuhan, untuk kekuatan diri

Lagi malang
Apabila kita belanja kawan2, ada yang kata membazir dan menunjuk2
Sedangkan itu berkat simpanan sendiri
Berkat kelaparan 2-3 hari
Berkat tak topup handphone selalu
Berkat tak menipu duit orang lain

Sedangkan mereka ada pula masa makan nasi 3-4 kali sehari
Ada pula masa topup dan bermesej cewek sekeliling pinggang
Ada pula masa untuk beli barangan peribadi yang mahal2

Apabila kita berdiam diri, rupa-rupanya sudah ada 10000 persepsi negatif yang telah bertebaran
Mungkin salah saya sendiri kerana tidak pandai melawan balas
Atau salah mereka kerana mudah menafsir tindakan manusia
Atau ada sesetengah insan minor yang memang sudah lama mencari ruang menjatuhkan, dek penyakit PHD dalam diri

Jika nak marah, sudah lama boleh marah
Kerana saya juga manusia, yang ada juga perasaan

Tetapi saya mahu jadi manusia yang terbaik sepanjang hidup saya
Dan jika boleh, biarlah saya adalah yang terbaik antara siapapun yang saya kenal
Dan, paling mulia di sisi Tuhan

Itu sahaja harapan saya
Itu sahaja motivasi saya

Kerana saya percaya Syurga itu benar
Mati itu benar
Dosa-pahala itu benar
Seksaan kubur itu benar

Kerana itu la saya sentiasa cuba bersabar

Ya, saya akui diri ini jahil
Itu pasal saya perlukan sahabat untuk menunjuk arah

Bukan sahabat yang menambahkan saya terpesong jauh
Bukan sahabat yang menyebabkan saya makin takut untuk berjuang
Bukan sahabat yang menjadi punca saya berbalah sesama orang lain
Bukan sahabat yang menjadi duri dalam daging

Dan kerana itu juga dari dulu saya tekankan soal mulut
Kerana ramai orang masuk Neraka hanya kerana mulut

Jika bukan menyeksa diri sendiri
Mungkin juga tindakan mulut itu bisa menyakitkan orang lain

Kerana mulut, badan binasa
Kerana mulut juga, badan orang lain merana

Yang segalanya akan dapat balasan di sana nanti

Justeru itu
Jagalah mulut

Jika hati kita berpenyakit sekalipun
Diamlah, itu kunci utama

Kerana dari diam itu, peribadi kita akan dibentuk perlahan-lahan

Dari diam, kita dapat kekuatan
Dari diam, kita dapat kesabaran

Diam bukan bererti takut atau dayus
Tetapi diam yang bermakna

Untuk keselamatan insan2 tersayang
Untuk masa depan yang lebih selamat
Untuk kehidupan roh yang lebih tenang

Cuba kita tengok kromosom yang kecil itu
Pernahkah mereka menyakiti manusia kerana mereka diam?
Pernahkah mereka menyeksa manusia kerana mereka diam?

Sedangkan diam mereka, diam dalam bekerja
Diam dalam beramal

Untuk menjaga manusia baik2
Agar manusia itu tetap sihat dan ikut perintah Allah


[To be continued]

Draft part II - end


Draft part 1

Assalamualaikum

Sebagai ta'aruf, blog ni direka suka2. Sekadar tempat melepas geram, kurangkan beban stress, juga tempat kongsi ilmu, dan sebagai medan berdialog dengan diri sendiri. Harapnya blog ke-3 ni tak sefemes seperti blog sebelum ni, dan kepada yang tahu kewujudan blog ni, harap jangan sebar2 pula kat orang lain macam apa yang berlaku sebelum ni. Kalau tahu, diam2 je sudah, tak perlu nak kecoh2.

Blog ini lebih santai, open dan harapnya tiada insan yang take advantage dengan kesantaian dalam entri blog terbaru ni.

Malam ni, sebagai entri sulung, kita sentuh sikit pasal wahyu pertama. Memandangkan sekarang masih di awal Muharram, kita sentuh sikit pasal hijrah.

Dalam Al-Quran..Surah Al-'Alaq

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."

Dan ayat berterusan hingga ayat ke-5 atau ke-6? Lupa dah

Kemudian penurunan wahyu berhenti kejap, sampai ayat tu je

Iqra (bacalah), mudah dan ringkas
Kerana iqra, ramai orang berubah
Kerana iqra, saya pun hijrah

Walaupun adakalanya sumber iqra itu syubhah dan kadangkala menipu
Itu bukan halangan untuk kita terus mencari dan mengkaji

Agar satu kunci kita dapat - kunci kebenaran
Agar Islam tertegak di mana juga kita berada

Pentingnya iqra sebagai sumber mobilisasi kepada hijrah
Jika betul sumber iqra, maka baiklah hijrah yang berlaku
Dan sebaliknya

Tetapi harus ingat bahawa, iqra itu hanya asbab
Sedangkan Tuhan itu berkuasa veto dalam memberi hidayah

Mengaitkan kisah iqra, persoalan hijrah
Saya merenung diri yang alpa ini

Bertemu dengan ramai 'pesakit' alam, khususnya insan yang kita sayang
Adakalanya mengguris hati

Melihat insan tersayang merosakkan diri sendiri
Menzalimi diri sendiri
Memaki-hamun kerana lemahnya iman
Menambah dosa yang sudah bertimbun

Persoalannya, apakah ubat itu?

"It's hurt when u know something but u can do nothing."

Betullah kata orang, sesuatu perkara itu lebih menyakitkan apabila kita tahu, tetapi kita tak boleh buat apa2.
Jika tak tahu, maka kita sendiri pun tak perlu kisah sangat semua perkara itu

Saya teringat satu analogi dari kawan :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
[Surah Az Zaariyaat : 49]

Konsep alam DNA, sistem imuniti dan lain2, banyak proses menunjukkan bahawa kita saling memerlukan

Walaupun konteks ayat di atas lebih kepada manusia (jika tak silap), tetapi saya fokus dalam soal antibodi-vaksin dalam tubuh manusia

Konsep saling melengkapi
Kurangnya satu sumber, menyebabkan sistem goyah, akhirnya manusia itu sakit

Kerana itulah saya sentiasa perlukan seseorang
Tetapi saya pun tak tahu siapa dia.

Adakah si dia telah hadir untuk melengkapi saya?
Atau bidadari Syurga sahaja sebagai jaminan?

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(Al Qashash : 56)

Benar, tiada siapa bisa memaksa hidayah, kerana itu Nabi s.a.w. tercinta sendiri redha tatkala pemergian bapa saudaranya dalam kekafiran, walaupun bapa saudara baginda seorang yang turut membantu kejayaan dakwah baginda s.a.w.

Tetapi, itu bukan alasan untuk kita berputus asa
Kerana, selagi ada harapan, iaitu kehidupan, maka selagi itu kita perlu berusaha
Selagi belum mati, selagi itu ruang masih banyak sebagai sumber eksperimen dakwah

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang tidak belas kasihan kepada manusia maka Allah tidak akan menyayanginya."
(H.R Bukhari dan Muslim)

Jadi, kita perlu sayang dan ada rasa simpati terhadap insan yang masih belum peroleh hidayah
Bukan membenci mereka, bukan menambah sakit mereka
Sebaliknya kita cuba merawat mereka walau apa jua method

Walaupun adakalanya pahit melihat insan tersayang sedemikian rupa
Tetaplah bersangka baik dengan Allah

Jangan putus harapan selagi mana kita belum mati

Contohi konsep vaksin-antibodi dalam badan
Hayati mekanisma kromosom-DNA yang menghidupkan kita

Adakah mereka mengalah?
Pernahkah mereka mengeluh dalam memanusiakan kita?

Cuba tengok dalam kromosom
Terdapat rantai2 bebenang DNA yang panjang

Dari situ, bermulalah banyak cerita

Gadis cantik dari situ
Lelaki kacak dari situ
Gadis anggun dari situ
Lelaki bergaya dari situ

Tidak lupa juga lelaki yang tak seberapa seperti saya ni
Pun tetap hasil dari alam kromosom yang kecil itu

[To be continued]


Draft part I - end