Sebagai ta'aruf, blog ni direka suka2. Sekadar tempat melepas geram, kurangkan beban stress, juga tempat kongsi ilmu, dan sebagai medan berdialog dengan diri sendiri. Harapnya blog ke-3 ni tak sefemes seperti blog sebelum ni, dan kepada yang tahu kewujudan blog ni, harap jangan sebar2 pula kat orang lain macam apa yang berlaku sebelum ni. Kalau tahu, diam2 je sudah, tak perlu nak kecoh2.
Blog ini lebih santai, open dan harapnya tiada insan yang take advantage dengan kesantaian dalam entri blog terbaru ni.
Malam ni, sebagai entri sulung, kita sentuh sikit pasal wahyu pertama. Memandangkan sekarang masih di awal Muharram, kita sentuh sikit pasal hijrah.
Dalam Al-Quran..Surah Al-'Alaq
"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
Dan ayat berterusan hingga ayat ke-5 atau ke-6? Lupa dah
Kemudian penurunan wahyu berhenti kejap, sampai ayat tu je
Iqra (bacalah), mudah dan ringkas
Kerana iqra, ramai orang berubah
Kerana iqra, saya pun hijrah
Walaupun adakalanya sumber iqra itu syubhah dan kadangkala menipu
Itu bukan halangan untuk kita terus mencari dan mengkaji
Agar satu kunci kita dapat - kunci kebenaran
Agar Islam tertegak di mana juga kita berada
Pentingnya iqra sebagai sumber mobilisasi kepada hijrah
Jika betul sumber iqra, maka baiklah hijrah yang berlaku
Dan sebaliknya
Tetapi harus ingat bahawa, iqra itu hanya asbab
Sedangkan Tuhan itu berkuasa veto dalam memberi hidayah
Mengaitkan kisah iqra, persoalan hijrah
Saya merenung diri yang alpa ini
Bertemu dengan ramai 'pesakit' alam, khususnya insan yang kita sayang
Adakalanya mengguris hati
Melihat insan tersayang merosakkan diri sendiri
Menzalimi diri sendiri
Memaki-hamun kerana lemahnya iman
Menambah dosa yang sudah bertimbun
Persoalannya, apakah ubat itu?
"It's hurt when u know something but u can do nothing."
Betullah kata orang, sesuatu perkara itu lebih menyakitkan apabila kita tahu, tetapi kita tak boleh buat apa2.
Jika tak tahu, maka kita sendiri pun tak perlu kisah sangat semua perkara itu
Saya teringat satu analogi dari kawan :
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
[Surah Az Zaariyaat : 49]
[Surah Az Zaariyaat : 49]
Konsep alam DNA, sistem imuniti dan lain2, banyak proses menunjukkan bahawa kita saling memerlukan
Walaupun konteks ayat di atas lebih kepada manusia (jika tak silap), tetapi saya fokus dalam soal antibodi-vaksin dalam tubuh manusia
Konsep saling melengkapi
Kurangnya satu sumber, menyebabkan sistem goyah, akhirnya manusia itu sakit
Kerana itulah saya sentiasa perlukan seseorang
Tetapi saya pun tak tahu siapa dia.
Adakah si dia telah hadir untuk melengkapi saya?
Atau bidadari Syurga sahaja sebagai jaminan?
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(Al Qashash : 56)
(Al Qashash : 56)
Benar, tiada siapa bisa memaksa hidayah, kerana itu Nabi s.a.w. tercinta sendiri redha tatkala pemergian bapa saudaranya dalam kekafiran, walaupun bapa saudara baginda seorang yang turut membantu kejayaan dakwah baginda s.a.w.
Tetapi, itu bukan alasan untuk kita berputus asa
Kerana, selagi ada harapan, iaitu kehidupan, maka selagi itu kita perlu berusaha
Selagi belum mati, selagi itu ruang masih banyak sebagai sumber eksperimen dakwah
Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang tidak belas kasihan kepada manusia maka Allah tidak akan menyayanginya."
(H.R Bukhari dan Muslim)
(H.R Bukhari dan Muslim)
Jadi, kita perlu sayang dan ada rasa simpati terhadap insan yang masih belum peroleh hidayah
Bukan membenci mereka, bukan menambah sakit mereka
Sebaliknya kita cuba merawat mereka walau apa jua method
Walaupun adakalanya pahit melihat insan tersayang sedemikian rupa
Tetaplah bersangka baik dengan Allah
Jangan putus harapan selagi mana kita belum mati
Contohi konsep vaksin-antibodi dalam badan
Hayati mekanisma kromosom-DNA yang menghidupkan kita
Adakah mereka mengalah?
Pernahkah mereka mengeluh dalam memanusiakan kita?
Cuba tengok dalam kromosom
Terdapat rantai2 bebenang DNA yang panjang
Dari situ, bermulalah banyak cerita
Gadis cantik dari situ
Lelaki kacak dari situ
Gadis anggun dari situ
Lelaki bergaya dari situ
Tidak lupa juga lelaki yang tak seberapa seperti saya ni
Pun tetap hasil dari alam kromosom yang kecil itu
[To be continued]
Draft part I - end
No comments:
Post a Comment