::: Assalamualaikum w.b.t. :::
::: Welcome :::
::: Ni hao :::

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak sempurna akalnya"

[Ayat Kursi] @ [Al-Baqarah : 255]
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

[An-Nas]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

[Al-Falaq]
"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

[Al-Ikhlas]
"Katakanlah (wahai Muhammad):(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada apa jua yang serupa denganNya"

[Al-Kafiruun]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”

[Al-Kauthar]
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)"

[Al-Ma'un]
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)"

[Al-Insyirah]
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." "

[Al-Asr]
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran."

Tuesday, December 14, 2010

Draft part 2

Assalamualaikum

Benarlah kata orang2 tua, sebelum buat sesuatu, fikir dulu kesan kepada orang lain
Sama ada perkara baik atau buruk
Tetap memberi kesan

Jika kita pernah tolong seseorang
Jika kita pernah hargai seseorang
Jika kita pernah belanja seseorang
Jika kita pernah menjaga seseorang
Jika kita pernah cium seseorang

Dia akan ingat sampai mati

Sama juga sebaliknya

Jika kita pernah maki seseorang
Jika kita pernah pukul seseorang
Jika kita pernah seksa seseorang
Jika kita pernah tipu seseorang
Jika kita pernah fitnah seseorang

Tetap akan jadi satu igauan ngeri buat insan itu

Perkara baik adalah kenangan
Pekara buruk adalah trauma

Tetapi sebagai manusia, usah dilupa kenangan yang ada
Sebaliknya cuba buangkan trauma yang berpanjangan

Lumrah manusia, yang manis lebih mudah dilupakan berbanding yang pahit
Kerana itu ramai manusia berdendam dan bermusuh
Kerana cenderung mengingati kenangan gelap yang menghantui diri sendiri

Tambah2 jika perkara itu adalah perkara besar
Contohnya perkara sihir dan perkara yang mengancam nyawa

Walaupun hampir hari2 ianya menghantui kita
Menyebabkan adakalanya kita sendiri tak mengerti, 'Kenapa kita?"

Ingatlah segalanya tetap dari Allah yang menguji dirimu
Jika tanpa kudrat dariNya, tetap takkan berlaku
Jika bukan dari kemampuanNya, Kun Fayakun, maka segala itu takkan terjadi

Carilah ruang untuk memaafkan dan satu titik kenangan manis
Kerana tiada manusia yang bebas buat silap

Ingatlah janji tuhan
Insan yang memaafkan insan lain di kala dia di pihak yang benar itu lebih mulia di sisiNya
Insan yang memaafkan insan lain di kala dia mampu membalasnya itu lebih tinggi darjatnya

Allah Maha Tahu pengorbanan kita
Jadi usah berhenti mengharap
Jangan berhenti mengejar SyurgaNya

Itulah fenomena racun dunia
Jika kita sendiri tiada antibodi, bagaimana kita nak rawat dunia yang dipenuhi dengan racun pelbagai?

Kerenah manusia, tafsiran manusia
Adakalanya bisa menjadi barah
Dan bisanya amat sakit untuk ditelan

Apabila kita takut bersosial, dikatanya sombong kerana rasa diri hebat
Sedangkan mereka tak tahu akibat jangka masa depan jika asyik bersosial

Apabila kita kurang layan manusia, dikatanya poyo berasa di makam sendiri
Sedangkan mereka tak tahu kita sendiri ada sejarah hitam hidup bersama keramaian manusia

Apabila kita tetap rilek dan steady, dikatanya tiada masalah dan takde kerja banyak
Sedangkan mereka tak tahu kita sedang praktikkan teori sabar dan tetap rasional dengan bebanan kerja bertimbun

Apabila kita duduk termenung keseorangan, dikatanya sunyi dan terlalu melayan perasaan
Sedangkan mereka tak tahu bahawa kita sedang mencari masa bersama Tuhan

Apabila kita menangis tanpa semena-mena, dikatanya kecewa ditinggalkan kekasih
Sedangkan mereka tak tahu kita takut dengan balasan Allah terhadap dosa-dosa lepas

Apabila kita cuba melayan para gadis, dikatanya kita playboy hanya tahu mengorat
Sedangkan mereka tak tahu sudah berapa ramai gadis yang kena maki dan halau demi menjaga maruah masing2

Apabila kita cuba hidup mewah sekali sekala, dikatanya orang kaya yang tak tahu bersyukur
Sedangkan mereka tak tahu itu semua hasil simpanan sendiri kerana kelaparan 2-3 hari

Apabila kita tak banyak cakap di kala ramai bersuara, dikatakan kita jenis sombong dan keparat
Sedangkan mereka tak tahu bahawa kita bimbang bersuara kelak salah tuturkata sudah menjadi masalah

Apabila kita duduk diam2 dalam bilik, dikata pula tak pandai bergaul dalam masyarakat
Sedangkan mereka tak tahu manusia juga perlu ruang bersama Tuhan, untuk kekuatan diri

Lagi malang
Apabila kita belanja kawan2, ada yang kata membazir dan menunjuk2
Sedangkan itu berkat simpanan sendiri
Berkat kelaparan 2-3 hari
Berkat tak topup handphone selalu
Berkat tak menipu duit orang lain

Sedangkan mereka ada pula masa makan nasi 3-4 kali sehari
Ada pula masa topup dan bermesej cewek sekeliling pinggang
Ada pula masa untuk beli barangan peribadi yang mahal2

Apabila kita berdiam diri, rupa-rupanya sudah ada 10000 persepsi negatif yang telah bertebaran
Mungkin salah saya sendiri kerana tidak pandai melawan balas
Atau salah mereka kerana mudah menafsir tindakan manusia
Atau ada sesetengah insan minor yang memang sudah lama mencari ruang menjatuhkan, dek penyakit PHD dalam diri

Jika nak marah, sudah lama boleh marah
Kerana saya juga manusia, yang ada juga perasaan

Tetapi saya mahu jadi manusia yang terbaik sepanjang hidup saya
Dan jika boleh, biarlah saya adalah yang terbaik antara siapapun yang saya kenal
Dan, paling mulia di sisi Tuhan

Itu sahaja harapan saya
Itu sahaja motivasi saya

Kerana saya percaya Syurga itu benar
Mati itu benar
Dosa-pahala itu benar
Seksaan kubur itu benar

Kerana itu la saya sentiasa cuba bersabar

Ya, saya akui diri ini jahil
Itu pasal saya perlukan sahabat untuk menunjuk arah

Bukan sahabat yang menambahkan saya terpesong jauh
Bukan sahabat yang menyebabkan saya makin takut untuk berjuang
Bukan sahabat yang menjadi punca saya berbalah sesama orang lain
Bukan sahabat yang menjadi duri dalam daging

Dan kerana itu juga dari dulu saya tekankan soal mulut
Kerana ramai orang masuk Neraka hanya kerana mulut

Jika bukan menyeksa diri sendiri
Mungkin juga tindakan mulut itu bisa menyakitkan orang lain

Kerana mulut, badan binasa
Kerana mulut juga, badan orang lain merana

Yang segalanya akan dapat balasan di sana nanti

Justeru itu
Jagalah mulut

Jika hati kita berpenyakit sekalipun
Diamlah, itu kunci utama

Kerana dari diam itu, peribadi kita akan dibentuk perlahan-lahan

Dari diam, kita dapat kekuatan
Dari diam, kita dapat kesabaran

Diam bukan bererti takut atau dayus
Tetapi diam yang bermakna

Untuk keselamatan insan2 tersayang
Untuk masa depan yang lebih selamat
Untuk kehidupan roh yang lebih tenang

Cuba kita tengok kromosom yang kecil itu
Pernahkah mereka menyakiti manusia kerana mereka diam?
Pernahkah mereka menyeksa manusia kerana mereka diam?

Sedangkan diam mereka, diam dalam bekerja
Diam dalam beramal

Untuk menjaga manusia baik2
Agar manusia itu tetap sihat dan ikut perintah Allah


[To be continued]

Draft part II - end


No comments:

Post a Comment